Sebelum saya memulakan entri pada kali ini, izinkan saya untuk menerangkan apa maksud budaya Hedonisme.Mungkin ada yang tertanya-tanya, maksud budaya Hedonisme. Untuk pengetahuan pembaca, budaya Hedonisme ini merupakan satu budaya negatif yang telah berlaku dalam masyarakat kita.
• Muzik & lagu,
• Konsert & artis,
• Permainan berkomputer ,
• Friendster & Facebook,
• Video & DVD,
• Majalah & blog hiburan,
• MP3 & Youtube ,
• Pesta & keramaian
Seringkali mendengar perkara diatas ? Inilah yang dikatakan Budaya Hedonisme. Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai budaya hedonisme.
Pengertian Budaya Hedonisme :
Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau
pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala
Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina
Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan
sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari
kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang
baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam Erti kata lain mereka
beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir
hidup.
Apa yang merisaukan kita ialah budaya hedonimse ini semakin sebati didalam jiwa rakyat Malaysia. Kita dapat melihat remaja begitu teruja dengan kehadiran program-program realiti seperti Akademi Fantasia,Mentor,Maharaja Lawak dan sebagainya. Selain daripada itu, yang amat membimbangkan kita, kanak-kanak mula mengikuti langkah-langkah abang dan kakak mereka yang suka berhibur.
Tidak cukup dengan itu, Di Malaysia banyak dilangsungkan konsert-konsert sama ada secara percuma mahupun secara berbayar. Apakah yang akan berlaku dengan rakyat kita sekiranya terus dihidangkan dengan pelbagai perkara yang melalaikan seperti ini ?
Menurut Mohd Ridhuan Tee (2006), lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-rancangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan.
Apabila program-program hiburan dilambakkan, dengan
banyaknya kesannya minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan hiburan. Remaja
lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis,
filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai
topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Adakah remaja begini yang
diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan
ummah dan Negara?
Adakah hukum berhibur dalam Islam? Adakah hiburan dilarang?
Apakah sejarah hedonisme?
Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba
menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak
dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi
sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh
aspek perancangan ummah.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai perkara ini , budaya hedonisme ini akan menjadi duri dalam daging masyarakat kita terutamanya. Budaya ini mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat, negara, agama dan bangsa. Jika budaya hedonisme ini tidak dibendung daripada sekarang, nescaya kita akan mengalami zaman dimana masyarakat kita akan terus lalai dengan hiburan dan akan menyebabkan kita akan terus mundur.
0 comments:
Post a Comment