Perbuatan yang merosakkan segala benda awam
merupakan vandalisme.Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan
kepada rakyat tetapi malangnya kenbanyakan daripada kemudahan awam yang
disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak
bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan
sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang yang
terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk mendapat
rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku
adalah vandalisme.Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak
dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang
sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk
memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi.
Sebab-sebab
- Pengaruh kawan
Selepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan
remaja yang melakukan vandalisme adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi mengeratkan
hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan
mereka untuk menunjuk bahawa mereka mementingkan persahabatan itu.
- Amalan moral yang kurang baik
Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak
sekolah tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji
tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi
ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang
remeh-temeh sahaja.
- Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasan
Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara
menggunakan vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan
mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan dinding-dinding di
jalanraya.
Kesan-kesan
- Imej negara dijejaskan
Apabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan
memberi kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya akan
menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka lihat.Hal ini
menjejaskan pandangan negara lain terhadap Malaysia.
- Beban kepada rakyat dan negara
Barang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan
mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk memperbaki
barang-barang yang dirosakkan.
Langkah-langkah
- Memberi hukuman yang lebih berat
Pihak berkuasa harus mengenakan hukuman yang lebih berat dan
bukan hanya memberi saman sahaja.SElain itu,kepada mereka yang sentiasa
mengulangi kesalahan tersebut harus dipenjara supaya mereka tidak berani lagi
untuk mengulangi kesalahan tersebut.
- Bimbingan kaunselling harus diberi
Bagi mereka yang sentiasa melakukan perkara seperti
ini,bimbingan kaunselling perlu diberi untuk mendapat ahu kenapa mereka berbuat
begitu dan masalah yang dihadapi.Dengan ini,kita dapat membantu mereka
menyelesaikan masalah mereka yang seterusnya membawa kebaikan kepada orang
ramai.